ASMA-UL-HUSNA : FADHILAT SERTA
KHASIATNYA
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
"ALLAH
mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat
ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna
itu." - (Surah
Al-A'raf:180)
"Katakanlah:
"Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu
seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH,
tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang
baik)"- (Surah
Thaha:8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia
berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang
satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam
syurga" - Riwayat Bukhari
Adapun ASMA-UL-HUSNA adalah
merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung
didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama
tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing seperti kita akan ketahui dibawah
ini:
1.ALLAHU
Ertinya Yang
mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.
KHASIATNYA: Barangsiapa yang
menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan
rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu,
maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.
2.AR RAHMAANU Ertinya Kasihsayang kepada
hambaNya
didunia.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100
kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai
3.AR
RAHIIMU Ertinya Yang Kasihsayang
kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah
hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.
4.AL
MALIKU Ertinya Yang Mempunyai
Kerajaan
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada
fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan
pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.
5.AL QUDDUUSU Ertinya Yang Maha Suci
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika
tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya,
dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada
bala.
6.AS
SALAAMU Ertinya Sejahtera daripada
kekurangan
KHASIATNYA: Apabila
dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan
suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan
mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya
selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.
7.AL
MU'MINU Ertinya Yang Mengimamkan
hambaNya
KHASIATNYA: Apabila
dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan
akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila
dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.
8.AL MUHAIMINU Ertinya Yang Sangat Menyintai
dan Memelihara.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama
diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap
bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah
sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.
9.AL'AZIIZ
Ertinya Yang
Menyalahkan.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan
yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan
dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak
dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.
10.AL- JABBAARU Ertinya Yang Sangat Gagah.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada
pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa
baginya.
11.AL MUTAKABBIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang
yang takabur itu akan tunduk kepadanya.
12.AL
KHAALIQU Ertinya Yang Menciptakan
MakhlukNya.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan
diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau
lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali,
Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..
13.AL
BAARI-U
Ertinya Yang
Menerbitkan Makhluk.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah
ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur,
dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam
berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan
disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.
14.AL MUSHAWWIRU Ertinya Yang Merupakan
Makhluk.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan
menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.
15.AL GHAFFAARU Ertinya Sangat Mengampuni.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat,
Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.
16.AL QAHHAARU Ertinya Yang Sangat Keras.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar
dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang
adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan
membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.
17.AL WAHHAABU Ertinya Yang Sangat Memberi.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai
sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan
dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa
mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali,
Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.
18.AR
RAZZAQU Ertinya Yang Sangat Memberi
Rezeki.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah
ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan
dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila
berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir
sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum
makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan
sempurna.
19.AL
FATTAHU Ertinya Yang Membuka Khazanah
Rahmat.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya
dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya,
dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.
20.AL'ALIIMU
Ertinya Mengetahui.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu
sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta
iman yang sempurna.
21.AL
QAABIDHU Ertinya Yang Menggenggam,
Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari
pengancamnya.
22.AL
BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan
ilmunya.
23.AL KHAAFIDHU Ertinya Yang Menurunkan.
KHASIATNYA: Apabila
diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500
kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan
hajatnya.
24.AR
RAAFI'U
Ertinya Maha
Mengangkat.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya
akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.
25.AL
MU'IZZU
Ertinya Maha
Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.
KHASIATNYA: Untuk
menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.
26.AL
MUDZILLU Ertinya Yang Merendahkan atau
Menghinakan.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya
yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca
1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh
daripadanya.
27.AS
SAMII'U
Ertinya Maha
Mendengar.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka
doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan
akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan
menjadi baik.
28.AL
BASHIIRU Ertinya Maha Melihat.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya
akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.
29.AL
HAKAMU Ertinya Yang Menetapkan
Hukum-hukum MakhlukNya.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali,
Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.
30.AL'ADLU
Ertinya Yang
Maha Adil.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi
pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.
31.AL
LATHIIFU Ertinya Yang Maha Halus.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya
akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
32.AL
KHABIIRU Ertinya Yang Maha Mengetahui
atau Waspada.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan
datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.
33.AL
HALIIMU Ertinya Maha Penyayang dan
Penyabar.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara
dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.
34.AL'AZHIIMU
Ertinya Maha
Agung.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh
dan akan terhindar dari kejahatan.
35.AL GHAFUURU Ertinya Maha Pengampun.
KHASIATNYA:
Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali,
Insyaallah akan segera sembuhlah ia.
36.ASY SYAKUURU Ertinya Yang Sangat Syukur.
KHASIATNYA: Apabila
menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau
dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya
atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.
37.AL'ALIYYU
Ertinya Yang
Maha Tinggi Martabatnya.
KHASIATNYA: Apabila
ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110
kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi
anak yang cerdas dan pandai.
38.AL
KABIIRU Ertinya Yang Maha Besar.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali
setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama
bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.
39.AL
HAFIIZHU Ertinya Yang Maha Memelihara.
KHASIATNYA: Untuk menjaga
keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99
kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut
diatas.
40.AL MUQI
ITU Ertinya Yang menjadikan
makanan.
KHASIATNYA: Untuk
melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah
sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.
41.AL
HASIIBU
Ertinya Yang
Menghisab atau Menghitung.
KHASIATNYA: Untuk
menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap
selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah
sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau
pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.
42.AL
JALIILU
Ertinya Yang
Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya,
pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.
43.AL
KARIIMU Ertinya Mulia atau Yang Maha
Pemurah.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali
atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.
44.AR
RAQIIBU Ertinya Yang Maha
Mengamati/Mengintai
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya
akan aman dari kecurian dan lain-lain.
45.AL
MAJIIBU
Ertinya Yang
Memperkenankan.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali,
Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.
46.AL
WAASI'U
Ertinya Maha
Luas KepunyaanNya.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti
dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
47.AL
HAKIIMU Ertinya Yang Maha Bijaksana
KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau
malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya
sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.
48.AL
WADUUDU Ertinya Maha Mencintai orang-orang
yang beriman
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya
dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.
49.AL
MAJIIDU
Ertinya Yang
Maha Mulia dan Maha Luhur.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram
semua anggota keluarganya.
50.AL
BAA'ITSU Ertinya Maha membangkitkan
makhlukNya dihari
kemudian.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan
hikmah.
51.ASY
SYAHIIDU Ertinya Maha Menyaksikan.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga
selalu menentangnya atau membangkang.
52.AL
HAQQU
Ertinya Maha
Besar.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.
53.AL
WAKIILU Ertinya Maha Melaksanakan
Urusan MakhlukNya.
KHASIATNYA: Dapat
menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut,
gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga
apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih,
Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
54.AL
QAWIYYU Ertinya Yang Maha Kuat.
KHASIATNYA: Apabila
dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia
daripadanya.
55.AL
MATIINU Ertinya Maha Sempurna
KekuatanNya.
KHASIATNYA: Untuk
mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca
sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU),
Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.
56.AL
HAMIIDU Ertinya Yang Terpuji.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali,
Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.
57.AL
MUHSHII Ertinya Yang Memperhitungkan
setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.
KHASIATNYA: Apabila
dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang
dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.
58.AL
MUBDI-U Ertinya Yang Menzahirkan
MakhlukNya.
KHASIATNYA: Untuk
menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali,
Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.
59.AL
MU'IIDU
Ertinya Yang
Mengembalikan.
KHASIATNYA: Untuk
mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum
sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan
izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.
60.AL
MUHYI
Ertinya Yang
Menghidupkan.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan
mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.
61.AL
MUMIITU Ertinya Yang Mematikan.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan
nafsu dan akan berbuat taat.
62.AL
HAYYU
Ertinya Yang
Hidup.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
63.AL
QAYYUUM Ertinya Yang Berdiri Sendiri.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap
hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan
hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan
disegani lawan juga besar kewibawaannya.
64.AL
WAAJIDU Ertinya Zat yang menemukan
apa yang Dia
kehendaki.
KHASIATNYA: Untuk
menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.
65.AL
MAAJIDU Ertinya Maha Agung dan Mulia.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang
hatinya.
66.AL
WAAHIDU Ertinya Mendapat apa yang
dikehendakiNya.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu
bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan
dikabulkan dan akan diberi keturunan.
67.ASH
SHAMADU Ertinya
Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.
KHASIATNYA: Untuk
memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga
hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala
macam hajatnya.
68.AL
QAADIRU Ertinya Maha Kuasa atas
segala sesuatu.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat
ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.
69.AL MUQTADIRU Ertinya Yang Sangat Kuasa.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan
petunjuk dari Allah s.w.t.
70.AL MUQADDIMU Ertinya Zat yang
mendahulukan.
KHASIATNYA: Untuk
menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti
dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan /
membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat
kemudhratan.
71.AL MUAKHHIRU Ertinya Zat yang
mengakhirkan.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih,
Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.
72.AL
AWWALU Ertinya Yang terdahulu dengan
tiada permulaan.
KHASIATNYA: Untuk
mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan
dikabulkan hajatnya.
73.AL
AKHIIRU
Ertinya Yang
kemudian dan tiada berkesudahan.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah
hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.
74.AZH
ZHAHIIRU Ertinya Maha Nyata.
KHASIATNYA: Agar
terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali
dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh
orang biasa.
75.AL
BAATHINU Ertinya Zat yang Maha Ghaib.
KHASIATNYA: Untuk ilmu
yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu
lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang
dimiliki oleh manusia.
76.AL
WAALIYY Ertinya Maha menguasai dan
mengurus semua urusan makhlukNya.
KHASIATNYA: Agar
terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti
hatinya akan terbuka atau futuh.
77.AL MUTA'AALII Ertinya Yang Maha Tinggi.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan
mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.
78.ALBARRU
Ertinya Yang
Maha Berbuat Baik.
KHASIATNYA: Untuk
memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.
79.AT TAWWAABU Ertinya Maha Menerima Taubat.
KHASIATNYA: Untuk
mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil
segala apa yang diinginkan.
80.AL MUNTAQIMU Ertinya Zat yang berhak
membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.
KHASIATNYA: Untuk
menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu
lima waktu sebanyak-banyaknya.
81.AL
'AFUWWU Ertinya Yang memberi maaf.
KHASIATNYA: Baca
sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.
82.AL MAALIKUL
MULKI
Ertinya Zat yang
mempunyai kekuasaan.
KHASIATNYA: Untuk
mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca
setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali,
Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan,
jabatan atau kedudukan.
83.DZUL JALAALI wal IKRAAMI Ertinya Zat yang mempunyai
Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.
KHASIATNYA: Untuk
mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan,
Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.
84.AL
MUQSITHU Ertinya Yang sangat Adil.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan
laknatullah dalam ibadah.
85.AL
JAAMI'U
Ertinya Yang
Mengumpulkan.
KHASIATNYA: Barangsiapa
yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan
segala maksudnya.
86.AL
GHANIYYU Ertinya Yang Maha Kaya.
KHASIATNYA: Apabila
dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain
sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.
87.AL
MUGHNII Ertinya Zat yang memberi
kekayaan.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya
berkat kurniaan Allah s.w.t.
88.AL MAANI '
U Ertinya Yang menolak bahaya
dan lain-lain.
KHASIATNYA: Untuk
menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da
sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan
selamat dari perbuatan mereka itu.
89.ADH
DHAARU Ertinya Yang menyampaikan mudharat.
KHASIATNYA: Untuk
menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini
dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.
90.AN NAAFI '
U Ertinya Yang memberi manfaat.
KHASIATNYA: Untuk
menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap
hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati
ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas
kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.
91.AN
NUURU
Ertinya Yang
menerangi.
KHASIATNYA: Apabila
dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan
hatinya dan anggotanya.
92.AL BADII '
U Ertinya Yang menciptakan yang
belum wujud sebelumnya.
KHASIATNYA: Untuk
tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang
fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.
93.AL
BAAQII
Ertinya Maha
Kekal.
KHASIATNYA: Untuk
mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak,
pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah,
Insyaallah.
94.AL
WAARITSU Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.
KHASIATNYA: Asma ini
untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali,
Insyaallah usaha akan maju.
95.AR
RASYIIDU Ertinya Yang Memberi
Petunjuk.
KHASIATNYA: Untuk
menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.
96.AS
SABUURU Ertinya Sangat Sabar.
KHASIATNYA:
Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit
matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk
membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca
setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti
segala urusan akan berhasil dengan baik.
No comments:
Post a Comment